Soundplan essential
SoundPLAN Essential 5 merupakan aplikasi dokumen tunggal terbaharu untuk perancangan bunyi persekitaran untuk jalanraya, jalan kereta api dan kemudahan perindustrian. Ciptakan peta kontur bunyi bandar raya dan sekitar dengan senang dari asas geometri 3D dan informasi trafik ataupun data kekuatan bunyi. Ia sesuai bagi pengguna yang tidak mempunyai pengetahuan mendalam tentang akustik dan ingin mendapatkan keputusan dalam masa yang pendek tetapi profesionalisme tinggi. Ia merupakan versi padat SoundPLAN, berdasarkan teras pengiraannya dengan mempunyai kuasa pengiraan yang kuat, pemprosesan data yang laju serta grafik yang cantik. Ia sangat senang diguna, sehingga para jurutera yang tidak pernah menjalani latihan untuk kawalan bunyi juga mampu menggunakannya. Tambah lagi, kearana aplikasi ini mengandungi fungsi kontur bunyi SoundPLAN, maka persembahan senang dicipta dan mudah difahami. SoundPLAN Essential membenarkan kes-kes standard untuk diproses secara laju, cekap dan murah.
Model-model bunyi bagi:
- Jalan raya, jalan kereta api dan kawasan parkir
- Sumber titikan, garisan dan kawasan industri
- Dinding dan tanggam perlindungan bunyi
- Simulasi bunyi selain daripada persegitigaan berterusan Digital Ground Model (DGM)
Ciri-ciri termasuk:
- Permodelan projek pelbagai ukuran
- Import DXF dan GIS atau mendigitalkan bitmap
- Persembahan situasi dengan kewujudan penghalang lindungan bunyi atau tidak
- Pengiraan mempertimbangkan DGM
- Standard bunyi tempatan disediakan
- Interface data grafikal yang senang diguna
- Peta bunyi grid dan peta kontur yang menarik
Jadual Keputusan dan Grafik:
Pengiraan tahap pelepasan dan keputusan penyebaran bunyi dipersembahkan dalam bentuk jadual yang ditetapkan. Teks tambahan boleh dimasukkan untuk penerangan peta, dan anda boleh menyesuaikan susun atur setiap objek. Selain itu:
- Sifat sumber didokumentasi dalam bentuk jadual
- Dokumentasi tahap sumbangan sumber
- Jadual tahap menunjukkan kekuatan bunyi untuk kesemua tingkat dan tempoh masa
- Mengehadkan pilihan garis kontur