Muffler Performance Measurement

Muffler (peredam) banyak digunakan untuk mengurangkan kebisingan ekzos dan pengambilan mesin-mesin cecair untuk aplikasi yang berbeza. Setiap muffler harus dicipta secara berhati-hati bagi setiap enjin yang disambung. Antara alat yang penting untuk reka cipta muffler adalah ukuran ciri-cirinya, prestasi akustik dan kejatuhan tekanan. Pengenalan aliran merupakan isu penting kerana ia mensimulasikan situasi enjin sebenar. Teknik 2-sumber telah dibukti sebagai kaedah yang paling stabil dan cekap untuk mencirikan matriks full-scattering muffler tersebut. Dalam beberapa syarikat dan institut penyelidikan, teknik ini telah menjadi pengukuran standard yang banyak diulang sepanjang proses reka cipta. Ia merupakan platform baharu untuk mengukur ciri-ciri pasif dan aktif muffler. Stepped sine excitation digunakan dengan simultaneous excitation dari kedua-dua sisi muffler. Stepped sine excitation dioptimumkan untuk mengurangkan masa yang diperlukan tanpa merosakkan kualiti ukuran. Pengukuran kebisingan belakang aliran, koheran mikrofon dan kejatuhan tekanan juga dijalankan. Platform ini adalah berdasarkan pergabungan perisian JAVA/NI dan kad-kad National Instruments Data Acquisition, untuk menjalankan secara automatik pengukuran pagi pelbagai pertimbangan teori dan praktikal.

Penyelesaian kami bagi pengukuran prestasi akustik muffler termasuk komponen-komponen standard berikut:

  1. SIDLAB Measurement Rig.

  2. SIDLAB Acquisition Software.

  3. SIDLAB Data Acquisition System.

  4. SIDLAB Flow Measurement Kit.

  5. Sensor akustik.

  6. Pentauliahan: Pemasangan dan latihan.

SIDLAB Measurement Rig

Ujian rig ini adalah untuk perukuran ciri-ciri akustik muffler bagi aplikasi HVAC dan ekzos/pengambilan yang berbeza. Kami menawarkan 3 saiz diameter dalaman standard 25, 50 dan 100 mm. Saiz paip yang lain turut ada atas permintaan. Rig (pelantar) tersebut boleh mengendalikan aliran sehingga 100 m/s dan suhu udara sehingga 100oC. Ia boleh terus diubah suaikan untuk aliran yang lebih laju, suhu yang lebih tinggi, dan untuk gas-gas yang tertentu.

This is the test rig for the measurement of the acoustic properties of mufflers for different exhaust/intake and HVAC applications. We offer 3 standard inner diameter sizes of 25, 50, and 100 mm. Other pipe sizes are available upon request. The rig can handle flow up to 100 m/s and air temperature up to 100oC. It can be further modified for higher flows, higher temperatures, and specific gases.

Gambar 1 Gambar two-port test rig untuk menunjukkan objek yang diuji, mikrofon, pembesar bunyi dan muffler.

SIDLAB Acquisition Rig solution mengandungi:

  1. 2x Paip ukuran untuk memegang mikrofon.
  2. 2x Paip pembesar suara yang memegang pembesar suara.
  3. 2x Termination mufflers, satu bagi setiap hujung rig untuk mengurangkan renungan dan menaikkan kualiti ukuran.
  4. 4x Rig supports, sama ada table support atau floor support.
  5. 6x Pemegang mikrofon, direka untuk mikrofon ¼ inci.
  6. 6x pembesar suara, berkuasa tinggi dan diafragma logam.
  7. 1x Two-channel Amplifier.

Dua adaptor (penyesuai) untuk sambungan objek-objek ujian. Adaptor yang lebih boleh dicipta oleh pengguna berdasarkan saiz yang berbeza. 

Tambahan pilihan: Kipas untuk menjana aliran, dan penyongsang frekuensi untuk mengubah kelajuan kipas.

SIDLAB Data Acquisition System

Kami menyediakan Data Acquisition System yang diperlukan dari National Instruments (NI) supaya boleh menjalankan pengukuran. Sistem ini mengandungi 8 input, 4 output, dan interface dengan komputer melalui USB. Sistem ini dibekalkan dengan semua kabel yang diperlukan bagi mikrofon, penguat dan pembesar suara, semua dimuat dalam bekas pengangkutan. Jika anda mempunyai National Instruments Data Acquisition System sendiri, kami turut boleh menggunakannya. Namun begitu, ini ditentu pada spesifikasi sistem yang anda punyai.

Komponen-komponen yang dibekal bersama SIDLAB Data Acquisition System adalah:

  1. Data Acquisition frame (National Instruments) dengan USB interface dan semua 8 ICP input dan 4 modul-modul output.
  2. Bekas pengangkutan.
  3. Kabel-kabel yang diperlukan.

Tambahan pilihan: Kad-kad yang diperlukan untuk mengawal kipas dan pengukuran jisim aliran, suhu gas, dan kejatuhan tekanan dalam muffler. Perincian telah diterang dalam SIDLAB Acquisition Flow Kit.

Gambar 2 NI Data Acquisition System disambung dengan USB cable ke komputer. Perisian SIDLAB Acquisition diprogram menggunakan LABVIEW. (Komputer tidak termasuk dalam jualan)

SIDLAB Acquisition Flow kit

Untuk memudahkan pengukuran dengan aliran, rig telah dilengkapi dengan sensor-sensor tambahan yang disambung ke sistem data acquisition yang sama. Rig juga disambung ke kipas untuk menjana aliran, dan pengyongsang frekuensi untuk mengubah kelajuan kipas. Kelajuan kipas boleh dikawal dari SIDLAB Acquisition Software, dan semua bacaan sensor akan dimasuk ke perisian secara automatik.

Perukuran kejatuhan tekanan dalam objek ujian juga perlu diambil, dan seterusnya lengkung kejatuhan tekanan harus dijana bagi kelajuan yang berbeza. Hal ini boleh dijalankan dengan mengubah kelajuan kipas, dan mengukur tekanan pembezaan antara inlet dan outlet objek yang diuji. Loss coefficient muffler tersebut boleh dikira dalam perisian.

Kit ini mengandungi:

  1. Pengukuran aliran jisim sensor: mengukur kadar aliran di inlet rig
  2. Pengukuran suhu sensor aliran: suhu di inlet rig
  3. Perubahan tekanan pembezaan sensor: mengukur kejatuhan tekanan objek ujian
  4. Mengawal kelajuan kipas yang menjana aliran ke rig supaya dapat menjana pelbagai kelajuan aliran
  5. Kabel-kabel yang diperlukan
  6. Sensor-sensor akustik

Enam mikrofon biasanya digunakan untuk pengukuran ini untuk mempertimbangkan julat frekuensi yang luas dalam kawasan plane wave dalam paip ukuran. Dua jarak mikrofon di setiap sisi muffler digunakan untuk mempertimbangkan frekuensi rendah dan tinggi. Mikrofon istimewa juga diguna untuk pengukuran dalam saluran di sound field.  Mikrofon 1/4 inci menjamin ketepatan untuk penguraian gelombang dengan teknik 2-mikrofon. Mikrofon-mikrofon dikalibrasi dengan alat kalibrasi kelas 1 mikrofon. Jika julat frekuensi terlalu sempit, 4 mikrofon boleh digunakan. Sekiranya anda ingin mengukur di luar jangkauan gelomgbang satah, maka 10 mikrofon boleh digunakan untuk mengukur mod order tinggi. 
Set ini mengandungi:

  1. 6x mikrofon ¼ inci
  2. 1x alat kalibrasi mikrofon kelas 1 + adaptor bagi mikrofon ¼ inci
  3. Semua kabel yang diperlukan
  4. Komisen

Komisen termasuk pembungkusan, penghantaran, pemasangan, dan latihan hands-on selama 2 hari. Latihan akan disediakan oleh satu daripada pakar-pakar kami dan akan mengandungi topik berikut:

  1. Pemasangan komponen rig
  2. Pemasangan data acquisition system
  3. Pemasangan perisian acquisition dalam komputer tertentu
  4. Menjalankan ujian pengukuran atas muffler syarikat
  5. Latihan bagi jurutera syarikat sepanjang proses
  6. Latihan teori di belakang proses pengukuran
  7. Gambaran keseluruhan keputusan pengukuran dan langkah seterusnya
Verified by MonsterInsights