Sonarchitect - Bagaimana Ia Berfungsi?

 Senang – Pantas – Visual


Bolehkah anda menyelesaikan tahap-tahap penebatan bunyi dalam sesuatu bangunan? Mampukah anda menentukan bahawa sesetengah tahap penebatan akustik OK dalam setiap billik? Bolehkan anda mengoptimumkan penebatan akustik? Berapa lamakah masa yang diperlukan?

Penilaian bangunan besar bukan sahaja masalah akustik – kami telah mencipta peralatan yang membenarkan anda untuk menumpukan perhatian atas persembahan akustik tulen (pure acoustics).

Falsafahnya amat senang: SONarchitect mempunyai 6 mod operasi. Siapkan keenam-enam cara ini yang senang dan dapatkan keputusan anda.

Nyatakan Geometri


Anda hanya perlu melakar pelan setiap tingkat bangunan tersebut, atau (secara pilihan) menggunakan templat dari fail DXF.

Anda tidak perlu memberitahun SONarchitect bilik-bilik mana atau caranya, ia akan mengesan setiap bilik semasa anda melakar secara automatik. Setiap garisan akan dijadikan dinding, setiap salib menjadi persimpangan, dan setiap bentuk tertutup menjadi bilik yang baharu.

Peralatan bantuan membenarkan lukisan normal, sudut tertentu serta panjang, garisan orto, dan sticky cursor boleh membantu anda dengan lukisan bentuk-bentuk dan persimpangan yang betul, juga boleh digunakan antara tingkat-tingkat yang berbeza.

Model 3D


Model 3D bangunan anda telah dicipta, di mana anda boleh mengesahkan geometri bangunan anda, dan juga melihat sesetengah papak untuk mendapatkan geometri isipadu kompleks.

Model 3D tersebut boleh diperiksa pada bila-bila sahaja ketika pelan dilukis untuk mengesan progres projek. Lantai-lantai yang mempunyai pelan yang sama dan penyelesaian bangunan dinyatakan hanya dengan nombor pengulangan yang menjana lantai-lantai berulang dalam model 3D tersebut.

Menetapkan Bahan-Bahan


Anda boleh menjana penyelesaian bangunan pada bila-bila masa daripada pangkalan data yang boleh disesuaikan kepada mana-mana unsur dalam mana-mana tingkat. Penyelesaian tersebut boleh ditukar pada bila-bila sahaja, sebelum atau selepas pengiraan penebatan akustik.

 

Spesifikasi Bilik


Anda boleh mengenal pasti kepungan setiap tingkat untuk setiap masa, dan memberitahu SONarchitect kegunaan setiap bilik dalam bangunan. Ini menentukan had perundangan untuk mengesahkan pematuhan bangunan. Identiti bilik dan kegunaannya boleh ditukar pada bila-bila masa, sebelum atau selepas pengiraan.

Pengiraan (Computation)


Hanya tekan satu butang…Jangan anda ingat bahawa anda mempunyai cukup masa untuk membancuh kopi!
Dalam hanya beberapa saat, anda akan mendapat nilai-nilai penebatan bunyi bagi seluruh bangunan, di mana anda boleh meneroka setiap bilik, dengan petunjuk jika mempunyai sebarang masalah di lokasi bangunan.

Jika anda mempunyai isu pematuhan, anda boleh pulang ke tahap lukisan, ataupun tahap penentuan bahan, lalu membuat sebarang pertukaran yang diperlukan. Setiap penjanaan keputusan yang baru hanya memerlukan beberapa saat sahaja.

Sekiranya anda telah berpuas hati dengan prestasi akustik bangunan anda, hanya tekan satu butanag, bukakan mesin pencetak, dan sediakan pen anda untuk menandatangani laporan anda.

Verified by MonsterInsights