SIDLAB Acquisition/Measurement
SIDLAB Acquisition digunakan untuk mendapatkan data ukuran yang diperlukan untuk menentukan ciri-ciri akustik pasif (e.g. Transmission Loss) bagi unsur-unsur 2-port (e.g. ekzos atau pengambilan mufflers). SIDLAB Acquisition disediakan dengan sistem Data Acquisition System dan mikrofon ukuran. Ia menjaana prosedur ukuran secara automatik untuk pelbagai pertimbangan teori dan praktikal. Perangsang yang berbeza (random or stepped sine excitations) boleh digunakan. Keputusan akan disimpan dalam format-format berbeza yang serasi dengan SIDLAB Acoustics dan boleh digunakan untuk mensimulasikan sistem yang lengkap. SIDLAB Acquisition amat berguna untuk syarikat dan institut penyelidikan yang menjalankan ukuran tersebut sebagai ukuran standard yang diulang selalu sepanjang proses reka cipta. SIDLAB Acquisition menggunakan teknik lokasi 2-sumber (2-source location technique) yang telah dibukti sebagai teknik paling stabil dan cekap untuk mengukur transmission loss. Interface SIDLAB Acquisition memberi panduan kepada pengguna melalui prosedur ukuran:
- Sambungkan kabel-kabel dengan baik.
- Tentukan dimensi rig.
- Menjalankan kalibrasi absolut dan/atau relatif.
- Menjalankan ukuran upstream dan downstream.
- Kira transmission loss dan transfer matrix untuk objek yang diukur.
- Tambahan pilihan: Ukur jatuhan tekanan muffler untuk kelajuan aliran yang berbeza dan seterusnya kira muffler loss coefficients.
- Tambahan pilihan: Ukur kebisingan yang dijana oleh aliran di dalam muffler (radiated sound power)
Ujian ini biasanya dijalankan dengan aliran yang melalui paip. SIDLAB Acquisition mempunyai tambahan pilihan untuk mengawal kelajuan kipas (menjana aliran) melalui interface yang sama. Kelajuan aliran dan suhu juga diukur secara automatik dan digunakan dalam pengiraan yang terlibat.
Gambar 1 SIDLAB Acquisition Interface untuk kemasukan data.
SIDLAB Acquisition mempunyai beberapa kelebihan berbanding dengan sistem Data Acquisition lain:
- Ia menyokong kemampuan stepped sine yang boleh menjana keputusan yang lebih bagus, terutamanya dengan aliran. Nisbah signal ke kebisingan amat tinggi, senang untuk mengesktrak signal pembesar suara dari bunyi aliran.
- Lebih senang diguna dan lebih bantas untuk menjalankan ukuran ulangan.
- Semua fungsi diintegrasi dalam satu lokasi.
Keputusan yang dihasilkan oleh perisian SIDLAB Acquisition ialah:
- Transmission Loss dalam arah downstream (ekzos) dan upstream (kemasukan).
- Kekurangan bunyi.
- Komponen-komponen Transfer and Scattering Matrices.
- Tekanan akustik di semua mikrofon dan koherennya terhadap signal rujukan.
- Kebisingan belakang dan kuasa bunyi yang dijana oleh aliran.
- Jatuhan tekanan – Lengkung aliran, dan loss coefficient.
Perisian ini menyokong pelbagai fungsi selepas pemprosesan. Ia juga menyokong eksport data asli untuk pemprosesan yang seterusnya dalam perisian lain. Versi yang berbeza bagi pengukuran boleh disimpan dalam satu fail projek dengan beberapa fungsi untuk perbandingan dengan versi lain dalam fail projek yang lain.