UJIAN INTEGRITI CERUCUK
(PILE INTEGRITY TESTING)
SIT-SERIES

Qualiti cerucuk selalunya ditentukan dengan menjalankan low strain integrity test (ujian integriti regangan rendah) selepas panduan cerucuk atau beberapa hari selepas pemasangan cerucuk in-situ. Sonic Integrity Testing merupakan kaedah yang banyak digunakan untuk menguji qualiti cerucuk konkrit tanpa merosakkannya sebelum dimasukkan ke rancangan asas terakhir.

Seri SIT Profound memenuhi permintaan industri pembinaan untuk Sonic Integrity Testing profesional bagi cerucuk konkrit. Panjang cerucuk boleh dikesah dengan seri SIT Profound, dan integriti cerucuk asas atas kecacatan selepas pemasangan dapat diperiksa. Ujian mampu menunjukkan mana-mana cerucuk yang harus diperiksa selanjutnya.

Seri SIT telah dioptimum untuk digunakan di lokasi tertentu, serta untuk tafsiran maju dan pengurusan data ukuran yang cekap dalam pejabat. Model-model SIT sangat mantap, mudah alih dan senang diguna untuk operasi di tapak pembinaan. Seseorang boleh menjalankan beberapa ujian bagi cerucuk dalam sejam.

Ciri-ciri

  • Terdapat tiga model: SIT, SIT+ dan SITpro. Pilihan anda tergantung pada frekuensi penggunaan serta tujuan ukuran.
  • Sistem SIT dengan sepenuhnya mematuhi ASTM Standard D5882-16, EA Pfähle 2012, CUR-Aanbeveling 109:2013, AFNOR NF P 94-160-2 dan NF P 94-160-4.
  • Kesenangan optimum untuk diguna: setiap SIT terdapat sensor pecutan, tukul, kabel, dan pemerolehan data mantap serta unit pemprosesan signal termasuk skrin berwarna. SIT bersama-sama barang iringannya amat senang dibawa dengan adanya bekas yang mantap dan tahan cuaca.
  • Sistem SIT memaparkan signal ukuran pada skrin berwarna untuk mengesahkan keputusan dengan segera. Jumlah signal untuk digunakan per cerucuk boleh ditentu oleh pengguna sendiri. 
  • Signal boleh disimpan dan dilihat dalam sistem tersebut selepas itu
  • Selepas data dipindah dengan USB, analisis penuh data serta laporan boleh dibuat dengan perisian PC SIT
  • Ujian yang tepat: Unit telah dilengkapi dengan satu penukar 24 bit A/D untuk ukuran signal pemprosesan yang optimum. Ini mampu memberi faedah atas ketepatan dan memudahkan penafsiran selanjutnya.
  • Boleh dipercayai. Keputusan boleh dihasilkan lagi secara optimum.
  • Reliable. Results 
  • Perisian Windows berpakar boleh menunjukkan data dalam bentuk carta profesional. Laporan dan analisis perisian disesuaikan mengikuti keperluan anda, termasuk purata timbunan pada skrin serta cetakan, salinan gambar, atau laporan PDF.

Wave Hammer ialah aksesori baharu untuk seri SIT Profound. Dengan sistem SIT anda boleh mengesah integriti cerucuk asas selepas pemasangan dengan tepat dan cekap.

Untuk cerucuk yang mempunyai diameter yang lebih daripada 50 cm, anda boleh guna Wave Hammer ini untuk menjalankan ujiannya. Wave Hammer mampu menghasilkan gelombang berulangan dan malar dengan drop-catch design yang unik. Wave Hammer menghasilkan tempoh optimum gelombang impak untuk keterlihatan maksima kecacatan cerucuk. Hammer kecil yang standard menghasilkan pukulan yang terlalu pendek untuk resolusi yang optimum. Profound memperkenalkan model 3 wave Hammer untuk mempertimbangkan kebanyakan cerucuk yang mempunyai diameter berbeza.

Accelerometer yang dipasangkan Profound untuk seri SIT telah direka cipta untuk menjamin ujian integriti berprestasi tinggi untuk longgokkan cerucuk  yang berdiameter besar. Sensor ini mengakibatkan ukuran boleh dijalankan dalam keadaan optimum dengan menggunakan Wave Hammer atau instrumented hammer.

Sensor yang dipasang SIT adalah alternatif kepada sensor pegangan di mana sensor dipasang pada kepala cerucuk dengan menggunakan plat pemasangan yang terasing. Satu atau lebih plat pemasangan harus dipasang pada kepala cerucuk sebelum ukuran dijalankan. Ketika ukuran dijalankan, sambungan tegang antara sensor dan kepala cerucuk menjamin keputusan ukuran yang optimum dan berkualiti. Sensor kemudian mendaftar  tindak balas terhadap hammer blow secara baik, lalu menghasilkan informasi yang tepat kepada pengguna tentang batang cerucuk, kekakuan dan mungkin juga kecacatan.

Ukuran dijalankan dengan memukul kepala cerucuk dengan hammer pegangan, lalu mengukur tindak balas di kepala tersebut dengan accelerometer SIT yang sensitif dan ringan. SIT akan menunjukkan signal ukuran pada skrin, membenarkan peperiksaan segera mengenai qualiti ukuran.

Jika diluluskan, signal ukuran akan disimpan dalam unit bersama dengan informasi lebihan seperti jumpah cerucuk, kawasan, tarikh dan masa, tetapan perolehan (gain) dan penapisan (filter) serta nota. Untuk setiap cerucuk, beberapa signal harus diperolehi untuk penilaian yang betul. Untuk analisis seterusnya, tafsiran dan pengesahan bagi ukuran akan dimuat turunkan dengan USB ke komputer Windows.

Sonic Integrity Testing (SIT) biasa digunakan ebagai cara ukuran untuk memeriksa integriti cerucuk asas konkrit. Ujian Low Strain Impact merupakan kaedah yang cepat dan tidak-merosakkan untuk menurunkan risiko kegagalan acuan konkrit atau cerucuk prefab. Dengan sistem SIT Profound, anda boleh memeriksa kecacatan dan penyelewengan batang cerucuk. Ukuran mampu menunjukkan sama ada asas cerucuk boleh meneruskan beban objek kepada lapisan galas seterusnya. 

Tujuan utama kursus SIT di Akademi Profound adalah untuk mengajar serta melatih tentang penggunaan Profound SIT-series dalam pemprosesan dan analisis signal ukuran termasuk pengenalan kepada prinsip-prinsip asas bagi ujian low strain integrity.

Para hadirin boleh mengguna Sonic Integrity Testing bagi cerucuk dengan cara yang profesional, maka mendapat manfaat sepenuhnya mengenai teknik dan sistem tersebut.

Semasa kursus SIT dijalankan, teori mengenai SIT akan diajar, termasuk cara menggunakan sistem SIT dengan optimum dan mematuhi kod utama sepenuhnya. Garis panduan juga akan dibincangkan, selain daripada cara melaporkan signal ukuran.

Jemput memuat turunkan risalah SIT

Verified by MonsterInsights