SIDLAB Acquisition digunakan untuk mendapatkan data ukuran yang diperlukan untuk menentukan ciri-ciri akustik pasif (e.g. Transmission Loss) bagi unsur-unsur 2-port (e.g. ekzos atau pengambilan mufflers). SIDLAB Acquisition disediakan dengan sistem Data Acquisition System dan mikrofon ukuran. Ia menjaana prosedur ukuran secara automatik untuk pelbagai pertimbangan teori dan praktikal. Perangsang yang berbeza (random or stepped sine excitations) boleh digunakan. Keputusan akan disimpan dalam format-format berbeza yang serasi dengan SIDLAB Acoustics dan boleh digunakan untuk mensimulasikan sistem yang lengkap. SIDLAB Acquisition amat berguna untuk syarikat dan institut penyelidikan yang menjalankan ukuran tersebut sebagai ukuran standard yang diulang selalu sepanjang proses reka cipta. SIDLAB Acquisition menggunakan teknik lokasi 2-sumber (2-source location technique) yang telah dibukti sebagai teknik paling stabil dan cekap untuk mengukur transmission loss. Interface SIDLAB Acquisition memberi panduan kepada pengguna melalui prosedur ukuran:
Ujian ini biasanya dijalankan dengan aliran yang melalui paip. SIDLAB Acquisition mempunyai tambahan pilihan untuk mengawal kelajuan kipas (menjana aliran) melalui interface yang sama. Kelajuan aliran dan suhu juga diukur secara automatik dan digunakan dalam pengiraan yang terlibat.
SIDLAB Acquisition mempunyai beberapa kelebihan berbanding dengan sistem Data Acquisition lain:
Keputusan yang dihasilkan oleh perisian SIDLAB Acquisition ialah:
Perisian ini menyokong pelbagai fungsi selepas pemprosesan. Ia juga menyokong eksport data asli untuk pemprosesan yang seterusnya dalam perisian lain. Versi yang berbeza bagi pengukuran boleh disimpan dalam satu fail projek dengan beberapa fungsi untuk perbandingan dengan versi lain dalam fail projek yang lain.
This website uses cookies.