Categories: Uncategorized

Keadaan Bunyi di Malaysia

Keadaan bunyi di malaysia

Kesan covid-19 terhadap Malaysia

       2020 merupakan tahun yang penuh dengan “kesibukan”, di mana banyak isu telah berlaku dalam 6 bulan yang lepas. Isu yang paling menjejaskan kehidupan masyarakat sudah tentunya penyakit Covid-19. Tidak dapat dinafikan bahawa Covid-19 telah banyak menjatuhkan ekonomi dan sosial di seluruh dunia. Namun, terdapat sesuatu perkara yang jelas menunjukkan tanda positif, iaitu dari segi perubahan alam sekitar.

        Berdasarkan berita yang dilapor oleh Ming Teoh, seroang wartawan dari The Star, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dijalankan di Malaysia bagi mengatasi kesebaran Covid-19 bukan sahaja berkesan dari segi kawalan-penyakit, tetapi ia juga menyumbang kepada penyembuhan alam sekitar. Ramai rakyat Malaysia terasa kagum atas kadar penyembuhan persekitaran kita: langit menjadi semakin biru, air sungai semakin jernih, dan alam yang semakin indah. Hal ini banyak disebabkan oleh PKP yang membatasi masyarakat untuk menjalankan tugas harian, di mana jalan raya berada dalam keadaan yang amat sunyi sepanjang PKP. Ini juga menyumbang kepada proses mengatasi pencemaran alam sekitar kerana pencemaran bunyi dapat dikurangi. Namun begitu, bolehkah keadaan ini kekal selepas keakhiran PKP? Bolehkah alam sekitar menyembuh dengan betul dalam tempoh masa yang terhad ini?

Gambar yang menunjukkan langit Kuala Lumpur yang cerah. (Gambar dari: Filepic).

Jabatan Alam Sekitar (JAS), Kementrian Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim (MESTECC), Malaysia

        Jabatan Alam Sekitar (JAS) merupakan sebahagian daripada Kementrian Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim (MESTECC), kini dirujuk sebagai Kementrian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) pada tahun 2020. JAS amat mengambil berat mengenai isu penyembuhan alam sekitar tersebut, terutamanya pencemaran bunyi di negara kita. JAS sentiasa mengemaskini garis panduan bagi megendalikan isu bunyi dan getaran untuk pelbagai apikasi, seperti bunyi dari kenderaan ataupun bunyi persekitaran. Di antara garis panduan yang telah diterbitkan oleh JAS mengenai kawalan bunyi, senarai tahap bunyi yang dibenarkan berdasarkan aplikasi yang berbeza telah dikongsi kepada masyarakat.

        Tahap-tahap bunyi yang disenaraikan amat bergantung kepada bentuk aplikasi. Sebagai contoh, tempat aplikasi dan kepadatan penduduk sangat mempengaruhi penetapan tahap bunyi. Faktor-faktor yang boleh mempengaruhi quality bunyi di sesuatu Kawasan haruslah diambil kira apabila pengukuran bunyi dijalankan.

 

        Selain itu, laporan dari JAS juga merangkumi garis panduan untuk proses perancangan projek, penilaian tahap bunyi di sesuatu kawasan, dan cara-cara untuk mengatasi masalah gangguan suara di kawasan projek. Senarai garis panduan yang wujud haruslah dipatuhi supaya kawalan bunyi di Malaysia boleh dijalankan secara lancar. Jika kaedah ini berjaya, maka isu pencemaran bunyi di negara kita juga boleh diatasi, dan kehidupan berkualiti rakyat Malaysia akan diwujudkan dalam masa yang akan datang.

Contoh jadual tahap bunyi yang dibenarkan oleh DOE.

Rujukan

Air & Noise, P. S. C. S., 2019. Guidelines for Environmental Noise Limits and Control (Third Edition), Putrajaya: Department of Environment Malaysia.

Teoh, M., 2020. Blue skies, less waste: Covid-19 and the MCO’s effects on the environment., s.l.: The Star.

Ditulis oleh Seow Khei Yinn

Disiarkan pada 24 Julai 2020

Khei

Recent Posts

Meningkatkan Ketepatan Di Tapak: Meneroka Manfaat Penentukuran Getaran Mudah Alih CV-10

Pengenalan Dalam bidang analisis getaran dan penyelenggaraan jentera, ketepatan adalah yang terpenting. Kalibrator Getaran Mudah…

3 years ago

Mesyuarat Perwakilan SoundPLAN 2023

Pada 27 – 29 April 2023, mesyuarat perwakilan SoundPLAN 2023 telah diadakan di Backnang, Jerman,…

3 years ago

Mesyuarat Pengedar Norsonic Asia 2023

Pada 15 – 17 Februari 2023, Mesyuarat Pengedar Norsonic Asia telah diadakan di Bangkok, Thailand.…

3 years ago

MESYUARAT WAKIL JUALAN SPEKTRA 2022

Pada 6-9 April 2022, Mesyuarat Jualan Antarabangsa SPEKTRA 2022 telah diadakan di ibu pejabat SPEKTRA…

3 years ago

Akustik Bangunan – Pengukuran Penebat Bawaan Udara

Akustik bangunan ditakrifkan sebagai sains mengawal bunyi dalam bangunan, meliputi kawalan penghantaran bunyi antara ruang,…

3 years ago

Tindak Balas Manusia Terhadap Getaran

Dalam istilah awam, getaran boleh ditakrifkan sebagai variasi objek mengenai kedudukan tetap. Sudah tentu, definisi…

3 years ago

This website uses cookies.