Bangunan-bangunan mewah selalunya dilengkapi dengan ciri-ciri tercanggih. Antara pertimbangan yang paling penting ketika mereka-bentuk bangunan mewah adalah untuk menjamin keselesaan para penghuni. Keselesaan persekitaraan mampu dipengaruhi oleh pengalaman pancaindera manusia yang berbeza. Aspek-aspek mengenai keselesaan termasuk faktor peribadi, kesihatan dan kesejahteraan, qualiti udara, keselesaan suhu, visual dan akustik.
Akustik merupakan kunci kejayaan bagi pelbagai ruang bangunan, maka ia tidak harus diabaikan dalam pertimbangan reka bentuk bangunan. Apabila akustik dalam sesuatu bangunan dikendali secara baik, ia bukan sahaja memberi pengalaman akustik yang memuaskan, tetapi juga banyak meningkatkan nilai bangunan tersebut.
Penebatan mampu mengelakkan sebarang bunyi gangguan yang datang dari bilik sebelah. Reka bentuk penebat dikaitkan dengan kemampuan sesuatu unsur atau struktur bangunan (i.e. dinding, pemasangan lantai/siling, tingkap dan pintu) untuk mengurangkan penyebaran suara yang melaluinya. Geonoise menyediakan perkhidmatan perundingan pada tahap reka bentuk dan keadaan sedia ada.
Akustik ruang menghuraikan kelakuan bunyi dalam ruang tertutup. Ia mempertimbangkan geometri, isi padu dan bahan permukaan. Geonoise menyediakan perkhidmatan perundingan pada tahap reka bentuk serta masalah-masalah yang sedia ada dalam sesetengah ruang, seperti penempatan bahan penyerapan bunyi untuk memastikan pertuturan (speech intelligibility) boleh dicapai.
Kawalan bunyi dalam bangunan sangat penting untuk menjamin kesaksamaan bunyi ambien. Biasanya, kebisingan datang dari HVAC melalui system kesaluran, bilik mekanikal, peralatan perkhidmatan bangunan dan sebagainya. Geonoise memberi perundingan mengenai lukisan MEP untuk menentukan sebarang keperluan yang memastikan kebisingan berada dalam tahap yang terkawal.
Sistem bunyi amat penting untuk menjamin komunikasi dan hiburan yang berkesan dalam bangunan anda. Kualiti sistem tersebut bertekad pada liputan suara, kebolehfahaman dan julat dinamik. Akibatnya, para jurutera kami menggunakan perisian pemodelan untuk meramalkan prestasi sistem tersebut.
Geonoise memberi perkhidmatan kalibrasi bagi Sound Level Meter (pengukur bunyi), mikrofon, pre-amplifier (pra-penguat) dan alat kalibrasi pelbagai jenama.
Geonoise bekerjasama dengan Makmal Kalibrasi Norsonic yang berada di Norway dan berjaya menubuhkan Makmal Kalibrasi Norsonic Asia di bawah premis Geonoise. Semua prosedur, parameter persekitaran serta perkakasan/perisian mematuhi ISO17025.
Anda boleh menghantar mikrofon, alat kalibrasi, dan peralatan ukuran suara kepada Geonoise untuk menjalankan kalibrasi pada bila-bila sahaja. Selain itu, kontrak kalibrasi yang memastikan perkhidmatan kalibrasi secara regular juga ditawarkan dalam Geonoise.
Hubungi kami untuk perincian mengenai senarai harga dan masa penghantaran. Kami mengesyorkan supaya menghubungi kami sebelum menghantar bahan anda kepada kami untuk memendekkan masa ketiadaan bahan anda. Untuk menjalankan pengesahan prestasi harian untuk peralatan anda, Norsonic mempunyai pelbagai alat kalibrasi yang boleh anda gunakan.
Alat asas (Nor1504A) yang digunakan dalam Makmal Kalibrasi Norsonic Asia juga didapati untuk para pelanggan yang ingin membangunkan kemudahan kalibrasi peralatan ukuran bunyi yang persendirian.
Perkhidmatan yang ditawarkan:
Selang masa yang disyorkan bagi kalibrasi peralatan:
Kami menjalankan kalibrasi untuk sound level meter, alat kalibrasi, pistonfon, dosimeter pelbagar jenama seperti Norsonic, Bruel & Kjaer, 01dB, Svantek, Rion, Cirrus, Castle, Quest, Larson Davis, Casella, Ono Sokki, Aco, Dicesva, Metrosonics, Sonopan, Terrasonde, Sencore, Cortex, IVIE, Extech, Cygnet, Delta Ohm dan banyak lagi.
Dalam makmal kami, pelbagai ujian boleh dilakukan demi para pelanggan kami.
Antaranya:
Hubungi kami untuk memperolehi informasi mengenai perkhidmatan ujian bahan-bahan kami.
This website uses cookies.