Apabila anda mambaca risalah atau menonton video ulasan kereta, sekali sekala anda akan terserempak dengan akronim NHV. Akronim tersebut bermaksud Bunyi,getaran & Kekasaran (Noise, Vibration & Harshness(NVH)). Akronim tersebut selalunya muncul apabila pembuat atau pengulas kereta ingin menjelaskan tentang kehalusan pembinaan kereta tersebut. NVH adalah salah satu faktor penting yang perlu diambil kira sebelum anda membeli kereta baharu kerana ianya akan mempengaruhi pengalaman memandu anda.
Jadi, apakah maksud NVH sebenarnya?
Secara mudah, bunyi adalah apa yang anda dengar, getaran adalah apa yang anda rasa, dan kekasaran adalah berapa tahap ketenangan anda rasa Ketika anda memandu. Dalam dunia hari ini, kebanyakkan orang lebih memilih keselesaan berbanding prestasi. Selagi kereta itu boleh bergerak dari satu titik ke titik seterusnya dengan selesa, mereka akan memilih itu. Kecuali penggemar kereta yang pasti akan memilih prestasi berbanding keselesaan. Keselesaan dalam pemanduan dapat dicapai apabila kereta itu kurang bunyi bising dan dipandu dengan lancer. Tapi sebelum itu, kita perlu tahu dan kenalpasti apa yang mempengaruhi NVH dalam kereta tapi untuk artikel ini kita akan focus kepada bunyi dan getaran sahaja.
Pernahkah anda tertanya-tanya, apabila anda sedang memandu di lebuh raya, pada kelajuan tinggi tapi masih patuh kepada had laju dibenarkan, anda mendengar bunyi angin dan anda serta merta cuba menutup tingkap anda sebab anda ingat tingkap anda tidak ditutup dengan kemas. Atau mungkin, semasa memandu di lebuh raya tiba-tiba anda rasa kereta anda telah ditebat dan kedap bunyi untuk beberapa kilometer, sebelum keadaan menjadi seperti asal, iaitu bising dan tidak kedap bunyi. Kejadiaan tersebut adalah kesan tahap NVH yang tinggi dalan kereta.
NVH dalam kereta
Untuk kes pertama, apabila anda memandu laju, anda akan mencipta rintangan angin yang tinggi. Angin yang mengalir sekeliling badan kereta akan bersentuhan dengan geometri tiang-A (A-pillar), cermin sisi dan bawah kereta. Rintangan angin akan menyebabkan bunyi yang anda dengar dalam kereta anda. Untuk kes kedua, kejadian tersebut adalah diakibatkan keadaan permukaan jalan. Apabila anda memandu di atas permukaan jalan yang teruk atau tar lama, keadaan kasar jalan tersebut akan menghantar getaran dan kesannya melalui tayar, system suspensi, kerangka dan dalam kabin. Getaran itu diterjemahkan kepada bunyi yang anda dengar. Lebih kasar permukaan jalan lebih kuat getaran dirasai dan lebih kuat bunyi didengar, dan sebaliknya.
Selain daripada dua kes yang di atas, bunyi dalam kereta boleh datang dari pelbagai punca seperti getaran enjin, komponen getah yang lama dan keras, aerodinamik dan modifikasi ekzos. Untuk membatalkan NVH, terdapat tiga prinsip asas iaitu mengurangkan puncanya, mengasingkannya dari struktur utama kereta dn menyerap sebanyak mungkin sebelum masuk ke kabin.
Mengurangkan puncanya
Cara pertama untuk mengurangkan NVH adalah dengan mengurangkan kadar bunyid an getaran daripada awal. Aerodinamik memainkan peranan besar dalam menghasilkan bunyi. Apabila angin mengalir pada badan kereta, sebarang kekacauan dalam laluan angin tersebut akan menghasilkan getaran pada partikel udara. Kereta Nissan Leaf adalah contoh bagus untuk aerodinamik. Menurut Nissan, bentuk lampu depan yang pelik tersebut adalah untuk mengalihkan laluan angin jauh daripada cermin sisi bagi mengurangkan bunyi. Selain itu, getaran enjin juga memberi kesan kepada NVH kereta. Enjin 3-silinder bergetar lebih kuat daripada enjin 4-silinder atau lebih. Hal ini demikian adalah kerana system pembakaran enjin 3-silinder adalah tidak sekata dan menyebabkan ianya bergegar. Getaran adalah lebih ketara pada putaran enjin yang lebih rendah. Bagi menyelesaikan masalah ini, pembuat kereta akan menambah shaf seimbang(balance shaft) untuk melawan daya tersebut dan juga metod lain yang sukar untuk dijelakan daalm artikel ini. BMW telah Berjaya menghasil enjin 3-silinder yang menghasilkan getaran yang minima. Selain itu, enjin kereta Rolls-Royce Ghost Series 2 juga bergetar pada kadar sangat minima. Enjin tersebut sangat lancar sehinggakan duit syiling yang diletakkan berdiri di atas enjin tersebut tidak jatuh apabila kereta dihidupkan.