Keadaan bunyi di malaysia
Kesan covid-19 terhadap Malaysia
2020 merupakan tahun yang penuh dengan “kesibukan”, di mana banyak isu telah berlaku dalam 6 bulan yang lepas. Isu yang paling menjejaskan kehidupan masyarakat sudah tentunya penyakit Covid-19. Tidak dapat dinafikan bahawa Covid-19 telah banyak menjatuhkan ekonomi dan sosial di seluruh dunia. Namun, terdapat sesuatu perkara yang jelas menunjukkan tanda positif, iaitu dari segi perubahan alam sekitar.
Berdasarkan berita yang dilapor oleh Ming Teoh, seroang wartawan dari The Star, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dijalankan di Malaysia bagi mengatasi kesebaran Covid-19 bukan sahaja berkesan dari segi kawalan-penyakit, tetapi ia juga menyumbang kepada penyembuhan alam sekitar. Ramai rakyat Malaysia terasa kagum atas kadar penyembuhan persekitaran kita: langit menjadi semakin biru, air sungai semakin jernih, dan alam yang semakin indah. Hal ini banyak disebabkan oleh PKP yang membatasi masyarakat untuk menjalankan tugas harian, di mana jalan raya berada dalam keadaan yang amat sunyi sepanjang PKP. Ini juga menyumbang kepada proses mengatasi pencemaran alam sekitar kerana pencemaran bunyi dapat dikurangi. Namun begitu, bolehkah keadaan ini kekal selepas keakhiran PKP? Bolehkah alam sekitar menyembuh dengan betul dalam tempoh masa yang terhad ini?

Jabatan Alam Sekitar (JAS), Kementrian Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim (MESTECC), Malaysia
Jabatan Alam Sekitar (JAS) merupakan sebahagian daripada Kementrian Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim (MESTECC), kini dirujuk sebagai Kementrian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) pada tahun 2020. JAS amat mengambil berat mengenai isu penyembuhan alam sekitar tersebut, terutamanya pencemaran bunyi di negara kita. JAS sentiasa mengemaskini garis panduan bagi megendalikan isu bunyi dan getaran untuk pelbagai apikasi, seperti bunyi dari kenderaan ataupun bunyi persekitaran. Di antara garis panduan yang telah diterbitkan oleh JAS mengenai kawalan bunyi, senarai tahap bunyi yang dibenarkan berdasarkan aplikasi yang berbeza telah dikongsi kepada masyarakat.
Tahap-tahap bunyi yang disenaraikan amat bergantung kepada bentuk aplikasi. Sebagai contoh, tempat aplikasi dan kepadatan penduduk sangat mempengaruhi penetapan tahap bunyi. Faktor-faktor yang boleh mempengaruhi quality bunyi di sesuatu Kawasan haruslah diambil kira apabila pengukuran bunyi dijalankan.
Selain itu, laporan dari JAS juga merangkumi garis panduan untuk proses perancangan projek, penilaian tahap bunyi di sesuatu kawasan, dan cara-cara untuk mengatasi masalah gangguan suara di kawasan projek. Senarai garis panduan yang wujud haruslah dipatuhi supaya kawalan bunyi di Malaysia boleh dijalankan secara lancar. Jika kaedah ini berjaya, maka isu pencemaran bunyi di negara kita juga boleh diatasi, dan kehidupan berkualiti rakyat Malaysia akan diwujudkan dalam masa yang akan datang.

Rujukan
Air & Noise, P. S. C. S., 2019. Guidelines for Environmental Noise Limits and Control (Third Edition), Putrajaya: Department of Environment Malaysia.
Teoh, M., 2020. Blue skies, less waste: Covid-19 and the MCO’s effects on the environment., s.l.: The Star.
Ditulis oleh Seow Khei Yinn
Disiarkan pada 24 Julai 2020